"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Friday, 9 May 2008
- h o r n y -
Aku agak horny.
Padahal baru beberapa minit aku di depan pc mahu menaip se-enam ribu patah perkataan research yang bagaikan projek terbengkalai bila ada masalah pekerja mati tertanam dalam konkrit.
Buntu.
Aiseh, time-time ni pulak nak kena.
Aku cuba lupakan. Buat-buat baca bahan-bahan super rujukan super research aku.(propoganda super). Bertimbun atas meja. Semak mata memandang.
*lagi semak kepala bila dibaca*
10 minutes top. Aku stop. Tak tahan.
Aku bingkas bangun. Menuju ke dapur. Ambil dua keping roti putih cap "Coles", sumbat dalam pembakar toaster. Toaster pembakar roti. Apa-apalah, jahanam.
*sambil garu punggung cute yang tidak gatal*
Buang masa 2 minit, aku tunggu roti memantul keluar sambil melompat setempat. Sejuk. Bagi panas sedikit tubuh badan yang sihat.
*tang, ting, tong*
Padahal cuma bunyi "tang" roti sudah keluar. Yang "ting","tong" itu kepala aku. High dengan caffeine.
10 minutes top lagi. Habis 2 keping roti-bakar-bersapu-mentega-gula-di atas itu. Lazat amat. Sehingga menjilat bibir dan misai nipis ala-ala P.Ramlee.
*selak helaian print-out suratkhabar the Age(bahan research)*
Aku hanya mampu bertahan seketika. Penat aku distract rasa horny ini dengan makan roti-bakar-bersapu-mentega-gula-on-top tadi. Aku tengah cuba tahan ni. Menggigil kelenjar pituitari aku.
*Ahh, celaka*
Nasib baik aku ada simpan stok dalam laci meja aku. Tersorok sikit. Kalau tak disorok maka akan diberi jolokan encik-anda-sudah-kantoi-sila-mengaku-bersalah.
Aku tolak sikit daun pintu sliding bilik. Sambil separuh badan aku masih tertanam dalam sleeping bag, aku buka laci meja perlahan-lahan. Aku keluarkan "benda" itu.
*Maaf, aku memang sudah tak tertahan lagi*
*Rasa horny ini sangat mendalam*
"Itukan semua nafsu," bisik encik Angel di telinga aku. Sudah pasti encik Satan membalas, "nafsu itu kan luar biasa sedapnya".
*luar biasa?*
Yang itu aku suka.
Perlahan-lahan aku amati sarung "benda" itu. Gambar yang sungguh meng-horny-kan. Sangat luar biasa. Sangat geram aku tengok. Aku pasti tiada orang rumah aku yang tahu aku ada "benda" ini. Malah ahli sebilik aku sekalipun.
Horny sangat title-nya.
*Cadbury Caramello Chocolate*
Memang sesuai. Tak sia-sia aku pergi pasaraya Coles time offer. Baru AU$2.50.
*bunyi kunyah*
Lega horny aku.
*damn*
Ya, aku tahu aku nampak lebih bergaya menyebutnya dengan palitan coklat di bibir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
wei sep giler...
ingatkan gadis2 je horny nak chocolates...
haha..
another double-meaning?
haha, takpe... seb baek best...
mintak sket!!!
nyum-nyum...
haha..title ko sentiase menjemput kontroversi..dem..dlm laci aku pun ade choc daa..pun buka secare senyap2 juga..lindt berkotak merah..offer 2 for aud5..heheh
mks hensem : sep-sep-sep, tom-tom-tom
xeem : er, special case here?
masitahadie : hohoho
hadie : dah abih, pegi mintak kat pasaraya Giant.
matley : long live chocolate lover..!
pergh..matley ade chocolate tak bagitau...dem...sep siot..ko katun tak tgk ke dalam laci subuh ade ape?
haha..sep r wei.kang aku kebuluran sape nk bg makan?
Ish katun nih..
aku dah pesan dah jangan tulis benda2 yang berbunyi tak elok.
aku lak yang terasa horny membaca artikel ko...
-Arep a.k.a manager westside labourists-
bizi : dalam laci suboh ada produk-produk dari China..
mahu?
matley : sep-sep-sep, tom-tom-tom jugak?
anonymous : rilek dulu, mari kita horny di Crown, amacam?
Hahaha.. Post yang menarik perhatian.. hehe
Thanks for dropping by my blog earlier. Hope to see you more often there :)
huhuh..tk abes2 lg ko katun..
dudekristalbiru : terima kasih, akan dikunjungi..insyaAllah
shahril : nak dekat abih dah, lagi sikit je..
tak pasal2 aku nak pergi beli coklat pulak. ini sume salah kau.
beli dua, satu untuk awak satu untuk masa depan...
aku pn ada gak cadburry caramello..
sebab kamu yang habihkan dari rak Coles...
Tersasar maksud seketika. :P
sasar? maksud?seketika?
*kamu horny chocolate juga kah?*
Post a Comment