Thursday 15 May 2008

K a u Y a n g S a l a h , o k ?



Aku salahkan kamu.



Ya, engkau yang jual melodi-melodi jahanam yang sangat cool itu. Kamu namakan kedai kamu "Dara Record" atau "Menara Record". Malah kamu pun,
"Speedy Video." Kedai yang ala-ala cikai tetapi masih begitu banyak franchise.

Masih mendendangkan lagu-lagu post-modernism atau lagu pelbagai jenis metal malah lagu-lagu pop yang mendayu-dayu. Masih mempamerkan cakera padat saduran muzik-muzik Western atas rak-rak plastik tipikal itu. Masih menggoda pengunjung dengan headphone yang disalurkan ideologi-ideologi musikal berbentuk demo.


Taktik goda-dengar-dan-beli.



p/s: Harus dijayakan dengan bantuan pembantu kedai; gadis comel berkemeja-T ketat yang sedap.........




.........mata memandang atau jantan metroseksual yang bukan aku.





*damn*



Aku tahu tone aku tona manusia cool.



Aku salahkan kamu sebab aku suka.


Aku suka saduran lagu-lagu Western itu. Aku suka dendangan suara Bruce Dickinson. Alunan-alunan musik logam Iron Maiden. Aku juga suka saduran lagu-lagu Love Me Butch. Aku happy ada band macam kamu di Malaysia mahupun Ada Band di Indonesia.

Malah yang sudah lama wujud macam "Butterfingers".


Tak larat aku mahu list-kan hampir bergig-gig-a-byte lagu dan nama-nama kamu dalam cakera keras komputer super aku. Aku sangat respect kredibiliti minda intelektual musikal kamu.



Aku salute pengaruh kamu musikal rentak-rentak jahanam lain daripada Barat. Punk, Hardcore,Skin, Grunge dan seangkatan. Kamu memang cool. Lagu kamu bernas. Musik kamu brilliant.



*dua jari ibu ke langit*



Walaupun aku cuma dapatkan lagu "ehem-ehem-original-ke-ni-bang?" kamu daripada internet sambil menghabiskan secawan kopi panas ber-caffeine.

Tak perlu marah dengan lanun cetak rompak. Aku tahu kamu juga suka menonton kisah-kisah lanun dari Carribean kan?




Tapi sayang.




Aku nampak kelibat kamu dalam ribuan anak-anak muda membanjiri bandar separa kelam-kabut, Kuala Lumpur.


Mereka pakai sama macam kamu. Mereka cakap sebijik macam kamu. Walaupun hanya sepatah-dua kata sahaja yang berbaur English. Perangai pun mahu persis kamu.


Mereka suka tayang anggota badan mereka. Lebih-lebih yang jari ke-tiga daripada ibu jari atau ke-tiga daripada kelingking.



Aku jadi benci.



Sebab bila aku buat nampak sangat cool. Bila rakan-rakan seangkatan aku yang tahu baik buruk itu buat juga nampak cool. Benar aku tidak bohong.



Tetapi mereka tidak
.



Perlukah kamu pengaruh mereka sampai sebegitu. Sampai tunggang-terbalik identiti mereka. Anak-anak muda itu kan jahil. Sekolah pun masih belum tamat.



Hingus di hidung pun masih belum kering...




Meleleh...




Hijau kekuning-kuningan bagaikan gam kanji....




dan...





*ok, cukup setakat itu....aku tidak mahu bunuh appetite aku.*




Aku cukup benci kamu saat adik sepupu aku yang baru tingkat 3 sekolah menengah sudah pandai sebut sepatah perkataan jahanam empat huruf, English sambil tunjuk jari hantu pendeknya.



*For sun to rise quicker*



Cukup buat telinga comel aku berdesing mendengarnya.




Ya, aku bagi sedikit habuan berbentuk tamparan sayang. *pap*
Cute
je.




Diorang kan masih muda. Akal dangkal. Pemikiran masih sempit.


Bak kata pepatah, "Belum belajar biologi sudah mahu lihat anatomi tubuh manusia seksi dalam cd-cd warna kebiru-biruan".




*tak faham?pergi tanya cikgu.*




Kalau tak dapat seduce mereka. Kamu seduce kawan mereka. Lambat-laun pasti mereka akan menghambakan diri pada alunan dan fahaman kamu. The more the merrier. Merry Christmas. Merry-Go-Round, Merri-ahnya Hari Raya.

Whatever necessary...






*aku peduli hapa kalau diorang nak jadi macam itu.*





*tapi*





Yang menjadi sulitnya. Sakit mata aku tengok.
Aku pasti sakit lagi mata-mata orang lain yang melihatnya.


Bingit telinga mendengar.
Bingit lagi telinga makcik-makcik sebaya emak aku.


Pedih hati aku tengok.
Lagi pedih hati burung-burung merpati yang sibuk menjalankan proses perkumuhan di atas kepala manusia apabila melihatnya.


Mana boleh aku tidak peduli. Habis kotor baju Padini aku saat terkena sisa tinja burung merpati itu.


Baik aku tak payah melawat Kuala Lumpur.



Tapi....



Kuala Lumpur tu bandar semua. Kalau aku tak pergi, bisa rugi kutipan tol tahunan highway Kl- Seremban yang bernilai RM1.80 dari Kajang ke Sg.Besi itu.


Boleh ru
gi besar jualan tiket-tiket KTM Komuter mahupun Putra LRT.


Boleh rugi besar gadis-gadis mungil KL tanpa observation aku.





*ya, kamu, gadis yang comel di sudut sana tu. Jangan pandang-pandang saya ok?*




Kalau betul kamu benar-benar desperate mahu sebar pengaruh. Sebarkan sahaja pada golongan-golongan seperti aku ini. Yang tahu hayati musikal kamu.


Yang tahu hati budi kamu.


Tahu baik buruk kamu yang mana.


Ini tidak. Budak sekolah rendah atau menengah la yang jadi mangsa. Aku tahu rakyat Malaysia pembela hedonisme. Aku tahu kerajaan Malaysia pun sureheboh.



Semua perihal
entertainment wujud dalam kotak televisyen 29" yang bukan Plasma di rumah aku itu. Dan aku pasti di setiap rumah-rumah serata Malaysia ada.



dan berbekalkan sepiring Astro nikmat tahan karat.




*cis*




*budak-budak sekolah mana boleh tengok tv selalu*




Ya.




*aku sekarang pun tidak menonton televisyen*




*aku sedikit jealous ok?*





*sebab aku takde tv*





*sigh*






16 comments:

Anonymous said...

santapan minda yg cukup berkhasiat

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

"Hingus di hidung pun masih belum kering...

Meleleh...

Hijau kekuning-kuningan bagaikan gam kanji...."


description detail cam haram...haha.pengalaman ker?ahaha

ceriter ni ader persamaan ceriter ini....http://saifulislam.com/?p=1894

Anonymous said...

huh..bahaye r blog ko ni katun..betul..makin lame makin serius aku tgk..hari ke hari, mgu ke mgu..makin melarat..addictive la..mmg bahaye..abis mase aku visit blog ko nih..heheh..bagus!

Anonymous said...

katun menjadi semakin seriuos dalam percakapannya..mungkin kerana penangan word racer?.

papepun....Kamil...aku masih slim

Unknown said...

Bukan yang muda2 je. Yang tua2 menjangkau 30-an pun merasa diri terlebih Mat Salleh. Bangga jadi Melayu, mengaku Islam sambil teguk2 air kencing setan dan ada semangat Malaysia sebab dah merasa anak dara (atau bukan dara) beraneka bangsa.

Itu nak kata Universal.


Lantaklah. Janji saya pegi Gig berdiri jauh dari moshing area sambil dengar lagu2. Tak lebih dari itu.

Anonymous said...

cmner kamu bole slim tabizi?aper rahsia?hehe...........

Habub said...

aku ada tv..

katunX said...

bizi : santapan perut mana?

mks : kata pelajar senibina, sila detailkan construction anda...

matley : bahaya, jangan ambil dadah sambil membaca blog, akan ketagihan...

bizi : serius? aku?

xeem : jangan dekat sangat, nanti jadi 'molesting' area...

mks : berbual-bual pula mereka ini?

the king : oh, aku terlupa...

Anonymous said...

Adakah aku salah seorang budak yang berhingus? Dak kan? Hehe...

katunX said...

ferzly : nape lap hidung dengan baju?

*isk, isk, budak ni..*

bluecrystaldude said...

aku hanya mendengar buaian melodi orkestra di saluran radio Opus Astro sambil menghirup secangkir teh kosong berbekalkan sebuah buku klasik di tangan menghadap ke jendela balkoni rumah.. hurmm...

deney said...

Hahaha.. Berisi dan bernas sekali! ;)

katunX said...

bluecrystaldude : sila kunjungi "Rekod Menara" untuk melodi-melodi tambahan hidup anda...

deney : bernas kan sedang mengalami krisis beras?

Anonymous said...

budakbudak skrg,sebagai contoh,bagus tengok video Hujan di f**k dekat JB,memalukan.

katunX said...

maisarah khairi : oh, saya sudah tengok...

*adakah saya dikategorikan sebagai budak-budak sekarang?*

Aku semakin muda...