"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Monday, 5 May 2008
- s e j u k s i b e n d u l -
Cool.
Manusia cool.
Apa kejadahnya ada dalam gelaran cool itu. Ramai orang salah erti. Atau mungkin lebih sesuai dikatakan ramai "budak" salah erti.
Aku kata "budak" sebab definisi dangkal plus kurang ilmu plus sifat bendul mereka. Atau bahasa arab, jahil bangat.
eh?...
Maaf, campur bahasa Indonesia-raya sedikit.
*Kita kan serumpun, mas?*
Kamu pernah jumpa manusia cool? Maksud aku, yang selain daripada aku.(batuk kecil...ehem,ehem bunyinya) Kan global dunia globalisasi ni. Tak kisah-lah di mana-mana yang boleh jumpa pun.
Aku tak boleh tipu diri sendiri, malahan aku tak nak pun. Aku agak anti dengan keperibahasaan manusia lepasan-kemodenan atau post-modernism bahawa "bad boys always the coolest". Atau kamu ganti dengan "girls" kalau-kalau kamu rasa ada kurang selesa "di situ" saat-saat memakai jeans ketat.
*batuk lagi*
*...ehem, ehem bunyinya....*
Tapi aku tidak tujukan kepada semua. Aku cuma ambil isu secara rambang, secara "general" walaupun aku tidak pernah pun memasuki tentera dan menjawat jawatan "general" itu sendiri. Ini berdasarkan observasi separa masak dan high dengan caffeine aku ke atas situasi generasi muda atau budak-budak yang masih belum kenal SPM atau PMR mahupun yang sudah menggulung sijil tersebut.
"Budak-budak" sekolah, hingusan. Mungkin hingusan yang lebih daripada lelehan mukus kehijau-hijauan pekat aku saat terkena flu 3 hari lepas. Bangga dengan apa yang tidak patut.
*Gothic, emo, punk, skinhead, bla, bla....*
*yawn*
Dan yang perlu. Sekumpulan rakan-rakan yang taksub dengan benda yang sama. Yang sudah berdekad diperkenalkan. Yang aku pun yakin ada yang belum lahir saat itu. Si bendul. Pengaruh rakan sebaya. Mereka rasa cool. Keren habis.
"Oh, rempit. Aku terlupa."
Cool dalam istilah mereka ramai dan nampak sangat berkuasa. Orang takut. Even burung-burung merpati pun takut sehingga melakukan proses perkumuhan segera dan meninggalkan kesan-kesan degil atas batu-batu jalanan di Kuala Lumpur. Powerfool.
Maaf, powerful.
*O atas papan kekunci ini nampak lagi senang ditekan daripada U dalam situasi ini*
Bila ada hal, bergaduh sakan. Pukul sana-sini. Maki sana-sini. Keluarlah perkataan mencarut yang tidak langsung disenaraikan dalam Kamus Dewan Bahasa atau mungkin ada. Dan satu perkataan Inggeris yang mungkin mereka sendiri tidak pernah baca maksud sebenar dalam kamus Oxford mahupun McMillan. Seorang gaduh riuh sekampung. Sekampung "budak-budak" pra-matang-berhingus ini.
Aku banyak lihat dalam "tiub-kamu" sekarang. Klip-klip video pendek budak-budak sekolah gaduh. Aku rajin membuat observasi buang masa dan air kopi dengan internet; dunia tanpa batasan ini.
Sedih aku dengan hakikat guru-guru lepasan universiti atau maktab akan berhadapan dengan "budak-budak" cool edisi pra-matang macam ini. Lagi sedih memikirkan guru-guru veteran yang sudah berusia lanjut hendak berhadapan dengan "budak-budak" cool ini.
Ini definisi cool yang mereka kata?
*senyum sinis*
Baik aku makan ais-krim Mat Kool. Baru 50 sen.
dan oh, ya...
*Aku cerita sebab aku risau generasi muda yang bertalian darah datuk ataupun nenek dengan aku. Mahupun pertalian darah ibu dan bapa. Atau pun yang bakal dikaitkan dengan pertalian darah datuk, nenek, ibu dan bapa*
References
inspirasi topik daripada Culprit Kudis dan observasi KamuTiub.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Dude, bebaru ni saya pegi T-Square. I mean Berjaya Times Square.
Banyak la contoh perasan cool ni.
Nanti balik mesia tgk la sniri, ramai perasan indie.
kamu budak hingusan yg cool..wei p cucuk la selseme.bejangkit wei..ahaha
cool??sejuk??pegilah kat kawan kau sorang tu...Kamu-tiub??hak hak hak hak...1st time dengar...
bagus... aku rasa coretan kau kali ni ade isi... maksud aku, lebih berisi
dan... tepat ke batang hidung beberapa rakan-sahabat-handai aku... nanti bebile diorg buat perangai bajet "cool" ... aku suro bace artikel nih...
jangan delete tau... kalau bole dalam mase setahun... hahaha!
p/s:haha, bajet "cool" konon...
cool...ko mmg kool?t-square?cubaan buat lawak cool ke?
Skarang ni scenesters and indie la kire cool habis.
Tapi nothing is cooler than being the real you. Biarlah bookworm, DB geek or has a huge crush on David Bowie... I'm cool enough to stay in school.
janji sendiri rasa selesa.
Oh and Goth la konon dress in black and red and listen to MCR.. The Cure pon diorang tak kenal, nak ngaku GothPunk.
Oh skarang adik2 'cool' kita kembali punk sebab minat Bittersweet. 'Oy oy' in the mosh-pit. Even while the band played songs sounding Suede-like.
Em. Terlepas tension kat sini lak.
(now to choose: being hot or being cool...)
neem cik adik suicide park : mungkin sebab Malaysia panas..
atau air-cond Times Square rosak..
mks aka hensem : cucuk hidung dengan tisu sudah..
fakhri : "kamu tiub beskal pecah" -kata guru-
hadie : setahun lagi? Mungkin sudah menjadi sejarah
bizi : t-square kan cool?
cik adik xeem : lagi ramai lagi sejuk Malaysia kot?
em btol2..pengaruh rakan sebaye mmg kuat..baik & burok..
Post a Comment